Wednesday, November 18, 2009

Kemudahan-Kemudahan

Perkhidmatan melalui Potongan Angkasa

Segala bentuk servis, baikpulih atau menambahnaik taraf kenderaan yang dibuat oleh pelanggan bolehlah menggunakan perkhidmatan potongan gaji yang di buat secara ansuran bulanan. Caj perkhidmatan untuk amaun yang terbabit akan dikenakan pada kadar yang terendah dipasaran iaitu 4.6% setahun tanpa melibatkan apa-apa kos sampingan atau tersembunyi yang dikenakan. Pihak Ko-kas Berhad menyediakan perkhidmatan secara telus dimana 100% daripada jumlah credit yang disediakan adalah milik pelanggan & pelanggan berhak menggunakan nilai tersebut tanpa halangan.

Pengenalan

Koperasi Automobil Kuching Sarawak Berhad atau nama singkatannya Ko-Kas Berhad merupakan koperasi pertama di Malaysia yang berasas Automobil sebagai Industri utamanya. Ditubuhkan pada 19 Ogos 2009, Ko-Kas Berhad telah membuka pelbagai peluang kemudahan & servis kepada kakitangan kerajaan secara amnya di dalam penglibatan kepada Industri Permotoran Negara.